Wednesday, 5 December 2018

BBM3410/18 : Nota Papan Cerita

Assalamualaikum

Pada kali ini aku nak kongsikan sedikit info tentang papan cerita.

Papan cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh katakan sebagai susunan grafik dalam ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan tertatur. 

Ia juga merupakan sesuatu cerita yang dicipta perlu bermula dari idea. Idea ialah cetusan ingatan seseorang yang boleh menggambarkannya tentang apa yang terjadi dan ingin dihasilkan. Contohnya seseorang ternampak batu lalu tercetus ideanya untuk mengukir batu itu menjadi Action Figura.

Setiap papan cerita perlulah mempunyai maklumat seperti berikut:

  1. Suatu lakaran atau tulisan di atas skrin, halaman atau bingkai
  2. Warna , penempatan dan saiz grafik
  3. Teks sebenar di atas skrin, halaman atau bingkai.
  4. Narration
  5. Animasi
  6. Video
  7. Suara

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua. Hai... Apa khabar ? Semoga sihat semuanya 😄. Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar...