Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18 : Nota Asas Grafik

Asas grafik merupakan satu ciri asas yang perlu ada dalam satu rekaan visual. Hal ini kerana ciri asas ini akan menentukan sesuatu gambar itu akan kelihatan cantik dan  menarik untuk dilihat. Setelah apa yang dipelajari dalam pembelajaran di dalam kelas Multimedia, asas grafik terdiri daripada 5 ciri asas iaitu mudah, keseimbangan, kesesuaian, warna dan teks. 

1. Mudah
Mudah bermaksud sesuatu yang dihasilkan itu kelihatan simple dari segi penggunaan objek dan design serta kelihatan menarik.

2. Keseimbangan
Dalam aspek rekaan sesuatu visual, keseimbangan sangat penting untuk menghasilkan sesuatu gambar itu kelihatan menarik. Keseimbangan dapat diertikan sesuatu gambar itu mempunyai aspek kesamaan dan kesepadanan dari setiap sudut iaitu sudut kiri, kanan, atas dan bawah di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. 

3. Kesesuaian
Penggunaan sesuatu objek dan aspek warna yang bersesuaian yang dapat menarik tumpuan orang sekeliling untuk melihatnya. Kesesuaian juga mestilah mempunyai elemen-elemen seperti tema dan mesej yang ingin disampaikan. Aspek ini haruslah ada pada setiap rekaan visual supaya orang sekeliling dapat fahami mesej yang ingin disampaikan. 

4. Warna
Dalam sesuatu rekaan visual, elemen seperti warna dapat memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan sesuatu visual itu kelihatan menarik. Warna yang digunakan mestilah sesuai dengan tema dan objek yang digunakan. Adanya warna yang sesuai dan menarik, ia akan menonjolkan sesuatu visual tersebut. 

5. Teks
Teks juga sangat penting dalam menghasilkan sesuatu rekaan visual. Hal ini untuk menyampaikan mesej kepada orang sekeliling. Namun, dalam sesuatu rekaan visual teks tidak perlu diletakkan dengan banyak kerana ia akan menampakkan sesuatu rekaan visual tersebut akan kelihatan serabut dan padat. Ini akan menjejaskan tumpuan seseorang terhadap rekaan visual tersebut. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua. Hai... Apa khabar ? Semoga sihat semuanya 😄. Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar...