Sunday 16 December 2018

BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua.


Hai... Apa khabar ?
Semoga sihat semuanya 😄.


Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar tak sedar.
Disember ini semakin hampir untuk meninggalkan kita semua untuk menuju ke tahun 2019.


Jadinya, dengan kehadiran tahun 2019 ini. Aku telah menghasilkan satu kalendar 2019 yang unik dan cantik.


Haaaa ini lah hasil karya aku:

















Inilah salah satu kenangan yang boleh nampak hasilnya dari usaha titik peluh sendiri. Dari tak tahu apa-apa nak buat sampailah berjaya hasilkan kalendar ni.


Terima kasih Prof atas segalanya.

BBM3410/18 : Muka Buku

Assalamualaikum semua.

Harini aku nak kongsi sedikit tentang tugasa aku dekat facebook. Memandangkan skrg ni dah nak berakhir sem7, jadi Prof bagi tugasan yang terakhir suruh kami post gambar dengan Prof.

Kami disuruh post gambar sebanyak dua keping. Jadi aku gigih la wasap Prof untuk bergambar sampai teruk kena bahan dalam bilik dia. Jadi ni lah hasilnya.





Itu saja dari aku. Byee semua

Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18 : Nota Video One Shot

Hai semua, sekarang ni aku nak cerita tentang video pula. Video one shot ni merupakan salah satu teknik dalam multimedia. One shot ni ada tiga jenis:

1- one shot one layer
2- one shot two layer
3- one shot three layer

Ketiga2 teknik ada perbezaan dia tapi asas utama sama... cuma rakam video dari satu sudut pandangan... kiranya cuma pakai satu kamera...

1- one shot one layer
teknik pertama ni... kita cuma buat satu benda ja... kalau video lagu... kita cuma kena nyanyi ja...takda menari ka... belakon ka...cuma nyanyi semata-mata..

2- one shot two layer
yang ni teknik kedua... teknik yang ni payah sikit...sebab kena ada penyanyi dengan lakonan serentak..nasib la sapa yang kena berlakon....hahahaha

3- one shot three layer
yang ni lagi seksa... sebab... teknik ni nak ada tiga benda ja...selalunya... layer yang ketiga tu...benda yang kita tak rancang...macam kereta lintas ka...burung lintas ka...hahahha

jadinya...ni la teknik2 yang ada dalam video one shot...

BBM3410/18 : Nota Video Tanpa Wajah

Video tanpa wajah merupakan satu visual pergerakan yang hanya menfokuskan kepada sesuatu benda sahaja dan diambil tanpa menampakan wajahnya. Video ini kebiasaanya diambil mengikut kesesuian jalan cerita dan tema yang ingin dipaparkan tanpa menampakan wajah pelakon tersebut. Video tersebut dihasilkan hanya menfokuskan kepada pergerakan seseorang untuk menyampaikan mesej dan idea yang ingin disampaikan. Video ini difokuskan kepada aspek berikut:


  1. Tanpa wajah - video dihasilkan tanpa menampakan wajah seseorang. Contohnya diambil dari bahagian belakang, sisi dan bahagian bawah sahaja.
  2. Menfokuskan kepada sesuatu bahagian - rakaman video tersebut perlu menfokuskan kepada bahagian tertentu sahaja. Contohnya bahagian kaki, objek mahupun badan.
  3. Perlu ada jalan cerita - video tersebut mestilah mempunyai jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan seterusnya dapat memberikan kesan kepada audiens.
  4. Lagu - video yang dihasilkan perlu disertakan lagu yang sesuai dengan jalan cerita supaya ia lebih menarik.

BBM3410/18 : Nota Papan Cerita

Assalamualaikum

Pada kali ini aku nak kongsikan sedikit info tentang papan cerita.

Papan cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh katakan sebagai susunan grafik dalam ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan tertatur. 

Ia juga merupakan sesuatu cerita yang dicipta perlu bermula dari idea. Idea ialah cetusan ingatan seseorang yang boleh menggambarkannya tentang apa yang terjadi dan ingin dihasilkan. Contohnya seseorang ternampak batu lalu tercetus ideanya untuk mengukir batu itu menjadi Action Figura.

Setiap papan cerita perlulah mempunyai maklumat seperti berikut:

  1. Suatu lakaran atau tulisan di atas skrin, halaman atau bingkai
  2. Warna , penempatan dan saiz grafik
  3. Teks sebenar di atas skrin, halaman atau bingkai.
  4. Narration
  5. Animasi
  6. Video
  7. Suara

BBM3410/18 : Nota Asas Grafik

Asas grafik merupakan satu ciri asas yang perlu ada dalam satu rekaan visual. Hal ini kerana ciri asas ini akan menentukan sesuatu gambar itu akan kelihatan cantik dan  menarik untuk dilihat. Setelah apa yang dipelajari dalam pembelajaran di dalam kelas Multimedia, asas grafik terdiri daripada 5 ciri asas iaitu mudah, keseimbangan, kesesuaian, warna dan teks. 

1. Mudah
Mudah bermaksud sesuatu yang dihasilkan itu kelihatan simple dari segi penggunaan objek dan design serta kelihatan menarik.

2. Keseimbangan
Dalam aspek rekaan sesuatu visual, keseimbangan sangat penting untuk menghasilkan sesuatu gambar itu kelihatan menarik. Keseimbangan dapat diertikan sesuatu gambar itu mempunyai aspek kesamaan dan kesepadanan dari setiap sudut iaitu sudut kiri, kanan, atas dan bawah di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. 

3. Kesesuaian
Penggunaan sesuatu objek dan aspek warna yang bersesuaian yang dapat menarik tumpuan orang sekeliling untuk melihatnya. Kesesuaian juga mestilah mempunyai elemen-elemen seperti tema dan mesej yang ingin disampaikan. Aspek ini haruslah ada pada setiap rekaan visual supaya orang sekeliling dapat fahami mesej yang ingin disampaikan. 

4. Warna
Dalam sesuatu rekaan visual, elemen seperti warna dapat memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan sesuatu visual itu kelihatan menarik. Warna yang digunakan mestilah sesuai dengan tema dan objek yang digunakan. Adanya warna yang sesuai dan menarik, ia akan menonjolkan sesuatu visual tersebut. 

5. Teks
Teks juga sangat penting dalam menghasilkan sesuatu rekaan visual. Hal ini untuk menyampaikan mesej kepada orang sekeliling. Namun, dalam sesuatu rekaan visual teks tidak perlu diletakkan dengan banyak kerana ia akan menampakkan sesuatu rekaan visual tersebut akan kelihatan serabut dan padat. Ini akan menjejaskan tumpuan seseorang terhadap rekaan visual tersebut. 

Saturday 17 November 2018

BBM3410/18 : Enjin Motor Susah Hidup

Hey semua..

Harini aku nak berkongsi dengan korang tentang masalah enjin motor susah nak hidup ni. Haishh geram kan bila berlaku perkara macam ni lebih-lebih lagi bila kita tengah kejar masa. Memang sakit hati la citernye.

Jadi aku nak kongsi dengan korang kenapa enjin motor susah nak hidup. Aku ni takder laa pakar mana tapi tahu laa serba sedikit pasal ni heee..





1. Masalah Spark Plug Rosak
Spark Plug ini punca motor anda boleh hidup/start dengan lancar jika pembakaran yang dihasilkannya adalah bagus. Jika enjin motor tak boleh hidup, berkemungkinan besar disebabkan Spark Plug sudah rosak dan tidak dapat menghasilkan pembakaran yang mencukupi atau sempurna untuk menghidupkan motor. Jika Spark Plug sudah jadi hitam, mungkin ia perlu diganti dengan yang baru.


2. Masalah Wiring Motor (Sambungan Wayar)
Cuba tengok wiring motor korang, mana tahu ada wayar yang terputus atau terpintas dengan wayar lain (short circuit). Kalau korang tidak tahu untuk membuat pemeriksaan, boleh pergi ke mana-mana bengkel yang berhampiran untuk mereka uji wiring motor korang tu.


3. Masalah Tangki minyak
Punca enjin motor tidak boleh hidup mungkin disebabkan minyak habis ataupun maslaah pada tangki minyak seperti bocor atau kotor. Tangki minyak yang kotor mungkin menyebabkan minyak tersumbat dalam saluran.


Itu saja dari aku byeeee...

BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua. Hai... Apa khabar ? Semoga sihat semuanya 😄. Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar...