Thursday 27 September 2018

Salam Perkenalan


Assalamualaikum WBT........

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT..

Hai warga blogger sekalian, kepada yang membaca blog ini marilah berkenalan dengan aku dulu yer hehee.... 

Nama penuh aku Muhammad Izzuddin Bin Mazlan. Boleh panggil aku Din. Aku asal dari Terengganu. Tranung kiterrr. Haaa sape-sape yang plan nak bercuti tu, boleh la mai jalan ganu boleh tgk telur penyu, dapat makan kepok lekor sedap. Sedap woi kepok lekor panas-panas cicah plak dengan sos orang ganu buat fuhh nikmat yang tak dapat didustakan laa jawabnya... hahahha

Aku merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik beradik. Aku lahir pada 17 Julai 1995. Kini aku sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Unversiti Putra Malaysia. Aku mengambil bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Konon nanti jadi guru bahasa la. 

Tujuan aku membuat blog ini adalah untuk berkongsi segala maklumat dan tugasan berkaitan kursus BBM3410 iaitu Multimedia Dalam Berbahasa.

Semoga dengan adanya laman blog ini dapat memberikan sedikit ilmu dan maklumat yang bermanfaat kepada kita semua. 

Sampai sini saja dulu yerr, jumpa next blog okayy. Chawww dulu geng.




No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua. Hai... Apa khabar ? Semoga sihat semuanya 😄. Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar...