Thursday 27 September 2018

BBM3410/18 : Multimedia Dalam Berbahasa

Pada minggu pertama, bermulalah kuliah BBM3410 Multimedia dalam Berbahasa. Apabila bermulanya kuliah, perkara yang pertama sekali yang dilakukan adalah sesi berkenalan dengan pensyarah iaitu Professor Dr. Normaliza binti Abd Rahim. 

Okay gambar di bawah inilah dia pensyarah yang mengajar kursus tersebut. Nampak jer muka tegaskan tapi sebenarnya Prof ni lawak gila. Orang Tranung cakap 'muka bekeng tapi klakor nok mapuhh'. HAHAHA


 


Pada minggu pertama kuliah tersebut, Prof memberikan sedikit penerangan tentang kuliah BBM3410 iaitu Multimedia dalam Berbahasa. Dalam penerangan ini, aku dan rakan-rakan diterangkan tentang kepentingan kursus tersebut. 

Selepas penerangan selesai, Prof mengarahkan kami untuk membentuk 8 kumpulan dan setiap kumpulan tersebut terdiri daripada 10 orang ahli. Tujuan kumpulan ini dibentuk adalah untuk menyiapkan tugasan yang akan diberikan sepanjang mengikuti kursus ini. 

Selepas itu, kami diberi maklumat tentang ciri-ciri Asas Grafik yang akan saya beritahu nanti. Berdasarkan ciri-ciri tersebut, kami diminta oleh Prof untuk mencari 5 keping gambar untuk digunakan bagi menghasilkan tugasan Asas Grafik iaitu buku skrap. Untuk menghasilkan buku skrap tersebut, pelajar diminta untuk mencari bahan yang diperlukan.


Ciri-ciri Asas Grafik :

1. Mudah
2. Keseimbangan
3. Kesesuaian
4. Warna
5. Teks


Bahan untuk menghasilkan tugasan Asas Grafik (Buku Skrap) :

1. Multing Board bersaiz A4

Image result for multing board saiz a4


2. Majalah Lama

Related image



3. Gunting

Image result for gunting



4. Pisau

Image result for pisau boleh laras



5. Gam Uhu Stick

Image result for gam uhu stick


6. Puncher

Image result for puncher


7. Riben

Related image
Memandangkan semua bahan-bahan dah di cari dan sudah dibeli, kita tunggu blog seterusnya tengok apa akan jadi dengan bahan-bahan ini okeyyy. Tungguuuuuuu......




No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua. Hai... Apa khabar ? Semoga sihat semuanya 😄. Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar...