Thursday 27 September 2018

BBM3410/18 : Seni ke Kami?

Assalamualaikum dan haiiii kembali lagi guyssss.......

Pada kali ini saya ingin menceritakan tentang tugasan yang pertama iaitu Asas Grafik.

Pada kuliah minggu kedua, saya dan ahli kumpulan yang lain diarahkan untuk menyiapkan tugasan Asas Grafik. Dalam tugasan tersebut, kami diminta untuk menghasilkan sebuah buku skrap.


Kami diarahkan berkumpul dalam kumpulan dan dibahagikan tugas masing-masing untuk mencari 5 keping gambar yang sesuai dan bertepatan dengan 5 ciri asas grafik. Kemudian gambar tersebut ditunjukkan kepada Prof untuk mendapat kelulusan sama ada gambar tersebut boleh digunakan atau pun tidak.

Selepas itu, gambar tersebut ditampal pada multing board dengan kemas supaya tidak ada gelembungan pada gambar itu. Setelah selesai, buku skrap tersebut diserahkan kepada Prof untuk dinilai dan diberikan markah.

Haa ni dia gaiss buku skrap yang kami hasilkan.. Cantikkan. HAHAHA





Yang ni pula gambar-gambar yang kami pilih mengikut ciri asas grafik. 


🔃 Mudah

   -> Sesuatu yang senang difahami maksudnya dari segi pergunaan 
      warna dan sebagainya.




🔃 Keseimbangan
   -> Gambar yang terlihat seimbang dari sisi kiri dan kanannya.




🔃 Kesesuaian

   -> Gambar sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling          manusia.




🔃 Warna

   -> Warna yang sesuai dengan situasi atau persekitaran sekeliling.




🔃 Teks

   -> Saiz yang berbeza, jenis tulisan yang berbeza, memiliki              slogan, tema dan sebagainya.



Hasil kerja kami diterima baik oleh Prof buktinya kami dapat dua bintanggg....


Tadaaaa tengok gambar bawah hahaa........




Okay di bawah ini gambar ahli kumpulan saya yang bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan. Berkat kerjasama semua ahli kumpulan dapat membuahkan hasil yang baik. Alhamdulillah syukur.....









okay la geng takat sini saja dulu, InsyaAllah kita akan berjumpa di lain waktu....Bubyeeee

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua. Hai... Apa khabar ? Semoga sihat semuanya 😄. Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar...