Sunday, 4 November 2018

BBM3410/18 : Bercuti dengan Kamera

Assalamualaikum semua.

Harini aku nak kongsi sikit dekat korang semua pasal tajuk kat atas tu. Haaa ada apa dengan 'bercuti dengan kamera' tu? 

Ok ceritanya begini. Sebelum kami semua balik ke kampung halaman masing-masing sempena cuti midsem ni, kami diberi tugasan oleh Prof untuk mengambil 10 keping gambar tentang kampung untuk di post  dalam Instagram nanti. What 10 keping? Hahaha tak jadi masalah pun sebenarnya. Sikit je tu. Cuti kan seminggu. Alaaa bukan susah pun, ambil gambar je. HAhaha sedap pulak kn cakap.

Haa jadinya balik kampung tu aku ambil jela 10 keping gambar. Banyak posisi jgk tu aku ambil untuk satu gambar. Ni semata-mata nak dapatkan view  yang lawa la supaya nanti Prof like dan komen. Kalau murah rezeki nanti ada la tu syarikat luar ambil gambar aku untuk buat pameran ke apa. Dapat la duit nanti. Masyukkk. Hahahahha.

Jadi ni la sedikit gambar yang aku ambil untuk tugasan tu. Lawa ke tak lawa lantak korang lah. Asalkan aku dapat siapkan kerja Prof tu. Haha.






Ok tu saja aku nak kongsikan. Byeee.

Sunday, 28 October 2018

BBM3410: Demi bola sepak

Hai korang..


Harini aku nk kongsi pengalaman aku pergi tengok perlawanan akhir bola sepak antara Terengganu lawan Perak. Aku dengan kawan aku yang datang dari kampung bergerak ke Shah Alam dalam pukul 3 lebih camtu. Ohh lupa, kawan aku ni dari kampung datang ke UPM dulu untuk amik aku. Diorang sempat la singgah UPM sekejap untuk berehat sebab diorang sampai waktu subuh haritu. Sampai je dekat Shah Alam jalan nak ke stadium jem teruk wehh. Berpusu-pusu manusia ada dekat sana. Maklumlah final kan, mesti ramai penyokong yang datang.



Ketika nak masuk dalam stadium tu, punyalah berebut-rebut tidak kira lelaki mahupun perempuan. Bola punya pasal. Hahaha. Jadi kami dapat masuk stadium terus cari tempat duduk yang senang nak tengok pemain nanti tapi bila masuk je aku tengok penyokong Terengganu dan penuh weh sampai takde tempat aku nak duduk. Cari punya cari sampai aku tawaf jugak la stadium tu akhirnya jumpa jgk. Nak tahu tak aku duduk kat mana? Aku duduk atas sekali weh. Bapak ah tinggi. Sebab awal2 lagi dah penyokong Terengganu penuhkan stadium tu. Semangat gila. Bukan main meriah lagi suasana dalam stadium tu tak kira penyokong Terengganu mahupun Perak.



Memandangkan aku orang Terengganu sudah tentulah aku sokong negeri sendiri. Hehe


Terengganu Power. Penyu Nelang. Hitam Putih Selamanya. Hitam Putih takkan padam.

We Bleed Black and White. #PetehGanuPeteh...







Haha itu sahaje dulu dari aku byeee....

Friday, 26 October 2018

BBM3410/18 : Video One Shot

Hai semua. Minggu ni kami dapat tugasan subjek Multimedia buat video one shot ! Video ni kami kena miming dgn menari wehh. Aduhhh aku ni dah kayu. Tak reti nak menari. Kumpulan aku pulak ramai lelaki. Semua tak reti menari. Jadi mcm mana kami nk buat video ni weh.

Jadinya kumpulan kami mula-mula pilih lagi Assalamualaikum ustazah- Khalifah. Bila kami buat rehearsel tu rasa mcm susah la pulak. Jadi kami pilih lagu lain pulak. Banyak kali jgk la kami tukar lagu. Sebabnya kumpulan kami semua kayu. Hahahaha. 

Tukar punya tukar dapat jugak la buat. Nak tahu kami pilih lagu apa? Haaa kami pilih lagu Amalina weh. Hahaha padu. Sebabkan aku ni tak reti nak belakon, jadi aku pilih jadi penyanyi. Tak la nampak kayu sangat. Hebat tak aku jadi penyanyi ni. Haha bangga diri pulak eh. 

Habis lama kami bincang nak buat video one shot ni. Banyak kali jugak la rakam sebab tak jadi. Akhirnya siap jugak video tu. Tunggu minggu lepas kami habis cuti midterm la kalau nak tgk video one shot kami tu gempak ke tak. haha. Nanti bleh tgk dekat youtube eh. Ok byee

Kumpulan Jebat Produksi

BBM3410/18 : Sambungan Video Keterampilan

Hai semua. Kali ini aku buat semula video keterampilan BM tu. Sebabnya aku rasa video yang aku buat dekat fakulti engineering tu jadi menjadi laa. Dengan cuaca waktu tu pun suram, tambah pula aku bercakap ntah pape. Tergagap-gagap je. Hahaha 😅

Yang kawan aku tu pulak sambung je video dia yang semalam tu. Jadi kami pilih tempat lain pulak untuk rakam. Cari tempat yang lawa sikit. Kami pun buat keputusan nak rakam dekat sanggar bahasa, FBMK. Kat situ lawa sikit. Boleh kami rakam depan rumah tradisional tu. 


Awal-awal tu ada la jugak gangguan sebab masa tu ada pelajar dari Korea dtg buat lawatan dekat rumah tradisional tu. Tapi last-last tu siap jgk la kami rakam. Fuhh lega sikit hati ni sbb satu kerja dh lepas. 


   

Jadi ni la hasil dia. Tapi gambar ni kami ambil dekat tingkat atas bangunan sanggar tu. Video kami rakam dekat bawah depan rumah tradisional N9. 

BBM3410/18 : Memartabatkan Bahasa Melayu

Hai warga blogger sekalian, minggu ni aku buat video untuk subjek Keterampilan Berbahasa Melayu. Remeh sikit la nak buat.

Sebenarnya aku tak minat sangat buat video bagai ni. Aku kurang suka sikit. Mungkin sebab malu kot, Tak pun sebab aku ni kurang yakin nak bercakap. Hahaha. Ntah la nak.

Mula-mula aku dah binvang dengan kawan aku ni, Hanif nama dia. Dah bincang dah nak buat dekat Fakulti Engineering.

Mula-mula bincang tu nak buat lepas zohor. Tapi boleh pulak masa tu hujan. Jadi kami terpaksa la tunggu samapai petang. Akhirnya hujan berhenti lepas tu kami pergi jela buat. Tapi pada masa tu cuaca mendung sikit sebab lepas hujan kn. Nak tak nak kami buat jugak laa.

Bila dah buat tu banyak betul halangan. Masa tak rakam tu ingat semua apa yang kami nak cakap. Tapi bila rakam terus jadi lupa. Adoiii. Banyak kali jugak la rakam sebab tak jadi. Sebab waktu dah magrib magrib masa tu, jadi kami hajat nak sambung rakam esok la pulak. haha adoi lawak juga eh rakam video lepas tu sambung esok.

     

Ni haa gigih kami pergi rakam video walaupun cuaca mendung. Hasilnya dapat gambar yang suram. Haha

BBM3410/18 : Tutorial Nuffnang

Assalamualaikum dan hai semua.

Bertemu lagi kita yaa.


Harini aku nak buat tutorial sikit berkaitan macam mana nak letak 'nuffnang' dekat blog yang prof suruh tu.


Ok pertama sekali kamu semua google 'nuffnang', pilih yang Malaysia punya. Lepas tu kamu register or sign up. Isikan semua maklumat yang diperlukan. Setelah siap sign up nanti kamu akan dapat email. Dia akn suruh kamu verify email nanti. lepas siap tu kamu log in la balik nuffnang tu. 


Haa dah log in nanti dia akn keluar macam dalam gambar kt bawah ni. Lepas tu kamu tekan 'add a blog' yang warna hijau tu. 




Haa sampai kat sini kamu pilih la sendiri templete yg mana kamu nak.



lepas tu scroll bawah jangan lupa utk copy text pastu paste la dulu kat mana-mana. Dekat word pun boleh sebab takut nanti kamu copy benda lain pulak. Text ni utk kamu paste dalam HTML blog nanti.


Ok siap step yang ni.




Ha step ni pula untuk kamu buat dlm blog. Yg nuffnang tu dh settle utk register.

Jom ikut step ni.


Mula-mula kamu perlu pergi dekat theme blog kamu. Lepas tu tekan edit HTML dan nanti dia akan keluar box yang ada banyak teks.




Lepas tu tekan teks yang dlm kotak tu dan keyboard laptop kamu tu tekan ‘ctrl + F’. nanti dia akan keluar tempat nk search. Mcm contoh dalam gambar di bawah ni. Kamu taip la perkataan 'body'. Bila dah keluar perkataan 'body' kamu cari link yang aku highlight dalam gambar bawah ni dengan scroll ke bawah. Lepas link yang aku highlight tu tekan ‘enter’ dan paste text nuffnang yang kamu copy awal-awal td tu. Masa lepas register td tu kan.  Setelah siap tekan jela ‘save theme’ kt atas kotak tu.





Step yang seterusnya  buat cara yang sama juga yang ni kamu perlu search ‘post-footer-line-3’ dalam box tu. Lepas tu scroll bawah sikit sampai jumpa  "</b:includable>". Kamu boleh paste text nuffnang tadi antara ‘</div>’ dengan "</b:includable>". Seterusnya save theme skali lagi. Contoh dalam gambar di bawah ni yang aku dah buat.



Ok siap step yang ni.





Sekarang ni aku nak pergi ke step yang sterusnya pulak.



Lepas siap step yang tadi kamu ikut step yang ni pulak dekat blog kamu.

1.    Tekan ‘layout’ lepas tu add gadget


2.  Add HTML/JavaScript



3. Tajuk tu letak ‘nuffnang ads’. Box bahagian contect paste text nuffnang. lepas tu kamu save jela. Dah siap tu boleh la tgk blog korang ada ke tak ads tu kt atas.




Ok dah siap cara-caranya. Ni contoh yang dalam blog aku. Dia ada tulis nuffnang dekat atas tu. 



Ok tu jela beberapa cara yang aku dpt kongsi dekat kamu semua. Harap dapat membantu. Selamat mencuba ya. Kalau tak faham boleh komen atau pm. In shaa Allah aku akan ajarkan setakat yang mampu.


Ok byee...

Sunday, 21 October 2018

BBM3410/18 : Kisah Simpulan Bahasa

Hai gais. Minggu ni kerja kami kena ambil gambar berdasarkan simpulan bahasa pulak. Adoii susah jugak kerja kali ni. Bayangkan la kena buat situasi yang sesuai dengan simpulan bahasa tu. Ni betul-betul kena hayati ni. 

Jadi ni haa hasil kerja kumpulan aku. 


Ni situasi kami buat untuk simpulan bahasa kaki pancing. Jadi ke tak weh? Ada ciri-ciri kaki pancing tak kami semua ni? Kalau ada nanti kami nk jadi pengacara dalam jelajah joran tu. HAHAHA



Yang ni pulak simpulan bahasa ringan tangan. Bagus betul budak tu ehh tolong ambilkan kertas budak perempuan tu yang jatuh. Baik budak ni. Nama dia Syaril kalau korang nk kenal. 



Haa yang ni pulak tokey mamat kedai Marjunas dekat Sri Serdang tu. Kaya tokey ni. Hahaha. Dia ni lakonkan situasi bagi simpulan bahasa alas dulang.



Ni pulak simpulan bahasa pisau cukur. Perempuan dua orang tu ambil pisau cukur misai lelaki tu. Ehh tak tak. Maksudnya perempau tu kikis duit lelaki tu laa. Tu namanya pisau cukur. Kesian pulak dekat lelaki tu aku tengok. Sedih je dia sebab duit dia dikikis.

Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang kami ambil tapi yang ni jela aku dapat kongsikan dengan korang semua. Harap dapat menghiburkan hari-hari korang semua.

Ok bubyee.



BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua. Hai... Apa khabar ? Semoga sihat semuanya 😄. Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar...