Sunday, 28 October 2018

BBM3410: Demi bola sepak

Hai korang..


Harini aku nk kongsi pengalaman aku pergi tengok perlawanan akhir bola sepak antara Terengganu lawan Perak. Aku dengan kawan aku yang datang dari kampung bergerak ke Shah Alam dalam pukul 3 lebih camtu. Ohh lupa, kawan aku ni dari kampung datang ke UPM dulu untuk amik aku. Diorang sempat la singgah UPM sekejap untuk berehat sebab diorang sampai waktu subuh haritu. Sampai je dekat Shah Alam jalan nak ke stadium jem teruk wehh. Berpusu-pusu manusia ada dekat sana. Maklumlah final kan, mesti ramai penyokong yang datang.



Ketika nak masuk dalam stadium tu, punyalah berebut-rebut tidak kira lelaki mahupun perempuan. Bola punya pasal. Hahaha. Jadi kami dapat masuk stadium terus cari tempat duduk yang senang nak tengok pemain nanti tapi bila masuk je aku tengok penyokong Terengganu dan penuh weh sampai takde tempat aku nak duduk. Cari punya cari sampai aku tawaf jugak la stadium tu akhirnya jumpa jgk. Nak tahu tak aku duduk kat mana? Aku duduk atas sekali weh. Bapak ah tinggi. Sebab awal2 lagi dah penyokong Terengganu penuhkan stadium tu. Semangat gila. Bukan main meriah lagi suasana dalam stadium tu tak kira penyokong Terengganu mahupun Perak.



Memandangkan aku orang Terengganu sudah tentulah aku sokong negeri sendiri. Hehe


Terengganu Power. Penyu Nelang. Hitam Putih Selamanya. Hitam Putih takkan padam.

We Bleed Black and White. #PetehGanuPeteh...







Haha itu sahaje dulu dari aku byeee....

Friday, 26 October 2018

BBM3410/18 : Video One Shot

Hai semua. Minggu ni kami dapat tugasan subjek Multimedia buat video one shot ! Video ni kami kena miming dgn menari wehh. Aduhhh aku ni dah kayu. Tak reti nak menari. Kumpulan aku pulak ramai lelaki. Semua tak reti menari. Jadi mcm mana kami nk buat video ni weh.

Jadinya kumpulan kami mula-mula pilih lagi Assalamualaikum ustazah- Khalifah. Bila kami buat rehearsel tu rasa mcm susah la pulak. Jadi kami pilih lagu lain pulak. Banyak kali jgk la kami tukar lagu. Sebabnya kumpulan kami semua kayu. Hahahaha. 

Tukar punya tukar dapat jugak la buat. Nak tahu kami pilih lagu apa? Haaa kami pilih lagu Amalina weh. Hahaha padu. Sebabkan aku ni tak reti nak belakon, jadi aku pilih jadi penyanyi. Tak la nampak kayu sangat. Hebat tak aku jadi penyanyi ni. Haha bangga diri pulak eh. 

Habis lama kami bincang nak buat video one shot ni. Banyak kali jugak la rakam sebab tak jadi. Akhirnya siap jugak video tu. Tunggu minggu lepas kami habis cuti midterm la kalau nak tgk video one shot kami tu gempak ke tak. haha. Nanti bleh tgk dekat youtube eh. Ok byee

Kumpulan Jebat Produksi

BBM3410/18 : Sambungan Video Keterampilan

Hai semua. Kali ini aku buat semula video keterampilan BM tu. Sebabnya aku rasa video yang aku buat dekat fakulti engineering tu jadi menjadi laa. Dengan cuaca waktu tu pun suram, tambah pula aku bercakap ntah pape. Tergagap-gagap je. Hahaha 😅

Yang kawan aku tu pulak sambung je video dia yang semalam tu. Jadi kami pilih tempat lain pulak untuk rakam. Cari tempat yang lawa sikit. Kami pun buat keputusan nak rakam dekat sanggar bahasa, FBMK. Kat situ lawa sikit. Boleh kami rakam depan rumah tradisional tu. 


Awal-awal tu ada la jugak gangguan sebab masa tu ada pelajar dari Korea dtg buat lawatan dekat rumah tradisional tu. Tapi last-last tu siap jgk la kami rakam. Fuhh lega sikit hati ni sbb satu kerja dh lepas. 


   

Jadi ni la hasil dia. Tapi gambar ni kami ambil dekat tingkat atas bangunan sanggar tu. Video kami rakam dekat bawah depan rumah tradisional N9. 

BBM3410/18 : Memartabatkan Bahasa Melayu

Hai warga blogger sekalian, minggu ni aku buat video untuk subjek Keterampilan Berbahasa Melayu. Remeh sikit la nak buat.

Sebenarnya aku tak minat sangat buat video bagai ni. Aku kurang suka sikit. Mungkin sebab malu kot, Tak pun sebab aku ni kurang yakin nak bercakap. Hahaha. Ntah la nak.

Mula-mula aku dah binvang dengan kawan aku ni, Hanif nama dia. Dah bincang dah nak buat dekat Fakulti Engineering.

Mula-mula bincang tu nak buat lepas zohor. Tapi boleh pulak masa tu hujan. Jadi kami terpaksa la tunggu samapai petang. Akhirnya hujan berhenti lepas tu kami pergi jela buat. Tapi pada masa tu cuaca mendung sikit sebab lepas hujan kn. Nak tak nak kami buat jugak laa.

Bila dah buat tu banyak betul halangan. Masa tak rakam tu ingat semua apa yang kami nak cakap. Tapi bila rakam terus jadi lupa. Adoiii. Banyak kali jugak la rakam sebab tak jadi. Sebab waktu dah magrib magrib masa tu, jadi kami hajat nak sambung rakam esok la pulak. haha adoi lawak juga eh rakam video lepas tu sambung esok.

     

Ni haa gigih kami pergi rakam video walaupun cuaca mendung. Hasilnya dapat gambar yang suram. Haha

BBM3410/18 : Tutorial Nuffnang

Assalamualaikum dan hai semua.

Bertemu lagi kita yaa.


Harini aku nak buat tutorial sikit berkaitan macam mana nak letak 'nuffnang' dekat blog yang prof suruh tu.


Ok pertama sekali kamu semua google 'nuffnang', pilih yang Malaysia punya. Lepas tu kamu register or sign up. Isikan semua maklumat yang diperlukan. Setelah siap sign up nanti kamu akan dapat email. Dia akn suruh kamu verify email nanti. lepas siap tu kamu log in la balik nuffnang tu. 


Haa dah log in nanti dia akn keluar macam dalam gambar kt bawah ni. Lepas tu kamu tekan 'add a blog' yang warna hijau tu. 




Haa sampai kat sini kamu pilih la sendiri templete yg mana kamu nak.



lepas tu scroll bawah jangan lupa utk copy text pastu paste la dulu kat mana-mana. Dekat word pun boleh sebab takut nanti kamu copy benda lain pulak. Text ni utk kamu paste dalam HTML blog nanti.


Ok siap step yang ni.




Ha step ni pula untuk kamu buat dlm blog. Yg nuffnang tu dh settle utk register.

Jom ikut step ni.


Mula-mula kamu perlu pergi dekat theme blog kamu. Lepas tu tekan edit HTML dan nanti dia akan keluar box yang ada banyak teks.




Lepas tu tekan teks yang dlm kotak tu dan keyboard laptop kamu tu tekan ‘ctrl + F’. nanti dia akan keluar tempat nk search. Mcm contoh dalam gambar di bawah ni. Kamu taip la perkataan 'body'. Bila dah keluar perkataan 'body' kamu cari link yang aku highlight dalam gambar bawah ni dengan scroll ke bawah. Lepas link yang aku highlight tu tekan ‘enter’ dan paste text nuffnang yang kamu copy awal-awal td tu. Masa lepas register td tu kan.  Setelah siap tekan jela ‘save theme’ kt atas kotak tu.





Step yang seterusnya  buat cara yang sama juga yang ni kamu perlu search ‘post-footer-line-3’ dalam box tu. Lepas tu scroll bawah sikit sampai jumpa  "</b:includable>". Kamu boleh paste text nuffnang tadi antara ‘</div>’ dengan "</b:includable>". Seterusnya save theme skali lagi. Contoh dalam gambar di bawah ni yang aku dah buat.



Ok siap step yang ni.





Sekarang ni aku nak pergi ke step yang sterusnya pulak.



Lepas siap step yang tadi kamu ikut step yang ni pulak dekat blog kamu.

1.    Tekan ‘layout’ lepas tu add gadget


2.  Add HTML/JavaScript



3. Tajuk tu letak ‘nuffnang ads’. Box bahagian contect paste text nuffnang. lepas tu kamu save jela. Dah siap tu boleh la tgk blog korang ada ke tak ads tu kt atas.




Ok dah siap cara-caranya. Ni contoh yang dalam blog aku. Dia ada tulis nuffnang dekat atas tu. 



Ok tu jela beberapa cara yang aku dpt kongsi dekat kamu semua. Harap dapat membantu. Selamat mencuba ya. Kalau tak faham boleh komen atau pm. In shaa Allah aku akan ajarkan setakat yang mampu.


Ok byee...

Sunday, 21 October 2018

BBM3410/18 : Kisah Simpulan Bahasa

Hai gais. Minggu ni kerja kami kena ambil gambar berdasarkan simpulan bahasa pulak. Adoii susah jugak kerja kali ni. Bayangkan la kena buat situasi yang sesuai dengan simpulan bahasa tu. Ni betul-betul kena hayati ni. 

Jadi ni haa hasil kerja kumpulan aku. 


Ni situasi kami buat untuk simpulan bahasa kaki pancing. Jadi ke tak weh? Ada ciri-ciri kaki pancing tak kami semua ni? Kalau ada nanti kami nk jadi pengacara dalam jelajah joran tu. HAHAHA



Yang ni pulak simpulan bahasa ringan tangan. Bagus betul budak tu ehh tolong ambilkan kertas budak perempuan tu yang jatuh. Baik budak ni. Nama dia Syaril kalau korang nk kenal. 



Haa yang ni pulak tokey mamat kedai Marjunas dekat Sri Serdang tu. Kaya tokey ni. Hahaha. Dia ni lakonkan situasi bagi simpulan bahasa alas dulang.



Ni pulak simpulan bahasa pisau cukur. Perempuan dua orang tu ambil pisau cukur misai lelaki tu. Ehh tak tak. Maksudnya perempau tu kikis duit lelaki tu laa. Tu namanya pisau cukur. Kesian pulak dekat lelaki tu aku tengok. Sedih je dia sebab duit dia dikikis.

Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang kami ambil tapi yang ni jela aku dapat kongsikan dengan korang semua. Harap dapat menghiburkan hari-hari korang semua.

Ok bubyee.



Wednesday, 10 October 2018

BBM3410/18 : Tips Berhenti Merokok

Hai semua..

Ni aku nk kongsikan sedikit tips utk korang. Baca yer jgn tak baca. Penting ni. Lagi-lagi untuk kaum lelaki yang gemar merokok.

Dulu masa sekolah menengah aku merokok juga. Semua tu sebab aku terpengaruh dgn kawan-kawan aku laa. Tapi sekarang aku tak merokok dh. Dah bersara. Aku berhenti merokok ni sbb aku kantoi dgn Guru mengaji aku. Anak dia pun merokok skali dgn aku jgk dulu. Nak dijadikan cerita malam aku pergi mengaji rumah dia tu dia ada tanya aku pasal merokok. Mula-mula dia tanya aku ckp tak merokok. Pastu dia suruh aku jujur jgk. Banyak kali dia tanya aku last-last aku jujur jgk laa. Pastu dia tanya lagi aku nk berhenti ke nk teruskan. Kalau teruskan dia nk bgtahu mak ayah aku. Aku pun pikir dari mak ayah aku tahu baik aku berhenti je senang. Dia pun suruh berjanji dpn al-Quran tu spya jgn hisap lagi lepas ni. Kalau tak nanti buruk mulut aku. Hahahha. Sejak dari tu aku terus tak hisap rokok dan bila tgk kawan-kawan aku hisap rokok aku jadi takde rasa nak langsung. Sebabnya aku ingat pasal aku janji dpn al-Quran tu. HAHAHA. Tu jela pengalaman aku pasal rokok. 

Ok ni sedikit tips utk korang yg hisap rokok supaya cepat-cepat la berhenti ya. Sebab tu membahayakan kesihatan korang.

Image result for berhenti Merokok

KENAPA PERLU BERHENTI MEROKOK?

Sebelum itu, kenapa perlu berhenti merokok? Ini bukan kami reka sendiri, ini dari Kementerian Kesihatan sendiri.
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
    • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
    • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
    • Mendapat asma
Kita kembali padi tips berhenti merokok. Harus diingat, persediaan dari segi fizikal, mental dan emosi amatlah penting apabila anda hendak berhenti merokok kerana ia adalah gaya hidup kurang sihat yang sudah menjadi tabiat yang mungkin sudah bertahun lamanya. Tapi pilihlah untuk berhenti merokok dan berusaha sehingga berjaya.
Ini bukan sekadar tips berhenti merokok semata-mata, ia sebenarnya memberikan motivasi untuk melawan perasaan dan gian sehingga berjaya!

1. PERSEDIAAN FIZIKAL

Anda mungkin juga mempunyai tanda-tanya seperti penambahan berat badan selepas anda berhenti merokok. Sebenarnya, apabila anda berhenti merokok, deria rasa anda akan menjadi lebih baik dan akan mendorong selera makan anda untuk bertambah.
Maka, pada tahap peringkat permulaan, sediakan makanan yang sihat seperti buah-buahan atau kekacang yang sihat dan elakkan makanan ringan! Dan apabila anda berhenti merokok, anda akan merasakan lebih mudah untuk anda mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya mencapai berat badan yang ideal.
Benar, ia bukan mudah. Namun, ia bukan alasan untuk tidak mencuba. Tips berhenti merokok ini bukan ingin menyusahkan, tetapi memudahkah. Jangan hanya berhenti merokok pada bulan Ramadhan sahaja!

2. PERSEDIAAN MENTAL

Tips berhenti merokok ini memerlukan mental yang kuat. Memandangkan persediaan mental adalah penting, ada harus mengetahui kebaikan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang anda akan lakukan kepada diri anda apabila anda tidak merokok.
Berikut merupakan susur masa untuk anda melihat kebaikkan yang anda boleh rasakan dari semasa ke semasa dan jadikan ini sebagai motivasi untuk anda terus berhenti merokok:
  • 20 minit pertama: Tekanan darah dan nadi anda berada pada kadar normal.
  • 8 jam: Kuantiti nikotin dan karbon monoksida dalam darah anda berkurang kepada separuh, Oksigen dalam darah akan kembali kepada tahap normal.
  • 24 jam: Karbon Monoksida hilang dari dalam badan anda. Paru-paru anda mula untuk mengeluarkan kotoran-kotoran daripada kesan merokok.
  • 48 jam: Nikotin tidak lagi berada dalam badan anda. Deria rasa dan bau anda akan berfungsi dengan baik.
  • 72 jam: Anda boleh bernafas dengan normal dan mudah. Badan anda akan menyerap lebih banyak oksigen dan tahap tenaga anda meningkat.
  • 2 – 12 minggu: Kitaran darah anda akan kembali normal.
  • 3 – 9 bulan: Masalah seperti batuk, selsema dan susah untuk bernafas akan berkurangan kerana daya fungsi paru-paru meningkat kepada sepuluh peratus (10%).
  • 5 tahun: Risiko untuk anda kena sakit jantung berkurangan sebanyak separuh atau lima puluh peratus (50%).
  • 10 tahun: Risiko kanser paru-paru berkurangan lima puluh peratus (50%) berbanding perokok. Risiko sakit jantung pula adalah sama seperti seseorang yang tidak pernah merokok!

3. PERSEDIAAN EMOSI

Ini tips berhenti merokok yang paling penting. Cuba bayangkan apabila anda berhenti merokok, berapa banyak duit yang boleh anda jimat. Secara psikologinya, sekiranya anda tidak kira dan cuba bandingkan, anda mungkin tidak mempunyai motivasi yang kuat.
Oleh itu, sekiranya Ali seorang perokok yang menghisap rokok sebanyak 11 batang rokok sehari dan harga sekotak rokok adalah RM12:
  • Bilangan rokok setahun: 11 rokok x 365 hari = 4015 rokok
  • Bilangan kotak rokok (20’s) = 4015 rokok / 20 = 200 kotak
  • Harga sekotak rokok (20’s) = RM 13.50
  • Penjimatan setahun = 200 kotak * RM 13.50 = RM 2,700
  • Penjimatan setiap bulan = RM 2,700 / 12 = RM 225
Dengan penjimatan ini, anda boleh membayar bayarnan bulanan untuk anda memiliki sebuah kereta Perodua Axia. Bayangkan tiap batang rokok yang anda hisap sekarang mampu memboleh anda untuk memiliki kerta, atau tiket kapal terbang ke kota eropah seperti Paris, Amsterdam dan Frankfurt.

BBM3410/18 : Erti Sahabat


1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak
2.Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak
3.Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap. Dah dapat tendang
4.Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang
5.Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai…
6.Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang. Hujan gerimis baru muncul
7.Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru
8.Kawan tu bukan macam CHIPSMORE. Kejap ade kejap takde
9.Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari
10.Lagi. Kawan tu macam ape ye??? Hmmmm. Haa. Kawan tu macam awak la. Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis

PERSAHABATAN
Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
SAHABAT DUNIA AKHIRAT!!!

BBM3410/18 : Tugasan Minggu 5

Assalamualaikum.

Hai semuaa. Jumpa lagi kita

Pada kali ini aku nak cerita sikit tentang tugasan minggu kelima yang kami semua buat dalam kelas Multimedia dalam Berbahasa. Tugasan ini adalah tugasan ambil gambar jugak. Sama la macam yang sebelum ni. Cuma gambar pada kali ni perlu diambil mengikut darjah ketinggian yang telah ditetapkan dan mengikut 4 jenis Flatlay. Tugasan ini bagi aku agak pening sikit sebabnya mula-mula aku dengar Prof cakap dia nak satu flatlay tu lima jenis gambar. jadi aku ingatkan 4 jenis flatlay tu guna 5 gambar yang sama tu je cuma lain-lain angle. Tapi rupanya Prof nak setiap Flatlay tu gambar yang berlainan. Aduhhh. Naik pening aku dibuatnya. Terpaksa la ambil gambar yang lain pulak.

Pada hari Isnin kami ditugaskan untuk ambil 5 keping gambar mengikut jenis-jenis Flatlay. Antara jenisnya ialah:

1. Flatlay

Untuk pengetahuan korang, flatlay ini merupakan gambar yang diambil dari sudut atas iaitu 90 Darjah. Maksudnya kamera handfon korang tu perlu berada betul-betul di atas objek yg nak diambil tersebut. Ni aku bg la contoh gambar yg aku dah ambil.





2. Half Flatlay

Half Flatlay pula adalah gambar yang diambil dari sudut 45 Darjah 
iaitu separuh antara 90 darjah dengan lantai. Maksudnya gambar tu paras pinggang la.




3. Quarter Flatlay

Jenis Flatlay yg ni pula adalah kita perlu ambil gambar dari sudut 
15 Darjah iaitu antara Half Flatlay dengan lantai. Nak mudah handfon korang tu berada pada paras lutut.




4. Zero Flatlay

Zero Flatlay ni korang perlu ambil gambar yg takde sudut. Maksudnya 
korang perlu letakkan handfon tu betul-betul atas lantai. Kiranya amik gambar dari sisi objek jela. 




Ok akhir skali aku tunjuk sikit proses kumpulan aku sedang usaha keras nak ambil gambar yang lawa. HAHAHA


Wednesday, 3 October 2018

BBM3410/18 : Hari Penuh Debaran



Haaii semua. 

Haa ni pula nak ceritakan pengalaman terbaru yang aku alami.

Pada minggu keempat iaitu pada hari Selasa, aku dan rakan sekumpulan iaitu Talha, Solihin, Mirul dan Habibi telah diberi tanggungjawab untuk membentang tugasan yang pertama kami dalam subjek Keterampilan Dalam Bahasa dan pensyarah bagi subjek ini adalah Dr. Norazlina. Untuk pembentangan ini, kumpulan kami telah memilih tajuk "Santau".. Sehari sebelum pembentangan, kami sempat untuk berjumpa dengan pensyarah bagi menyemak slaid dan maklumat-maklumat yang telah kami sediakan. Alhamdulillah beliau sangat baik dan telah memberi tunjuk ajar kepada kumpulan kami. Beliau telah memberi arahan kepada kami untuk menambahkan lagi maklumat tentang santau dan cara mengatasinya dengan lebih mendalam. Keesokkan harinya, iaitu pada hari pembentangan, alhamdulillah aku dan rakan sekumpulan telah melakukan tugas kami dengan baik walaupun kami semua sangat gementar dan gugup apabila berada di hadapan khalayak ramai. Selesai pembentangan kami semua diberi sedikit teguran dan nasihat supaya lebih berusaha lagi untuk meningkat prestasi pembentangan kami selepas ini. Kami berharap dapat melakukan lebih baik lagi pada masa akan datang. 

BBM3410/18 : Pesta Makanan Tradisional

Assalamualaikum semua...



Sekarang ni saya nak bercerita pula pasal makanan. Haaa kalau bab makanan ni semua orang suka la kan. Elehh tipu la kalau tak suka kalau bercerita pasal makanan. Tapi bila cerita pasal ni perut aku pulak rasa lapar. Maklumlah belum makan lagi harini. Pagi tadi sibuk bekerja.



Haa ni nak cerita ni.. Ambil perhatian yaa. Haritu dekat fakulti aku ada anjurkan satu pesta makanan tradisonal. Macam-macam makanan yang ada. Semuanya sedap. Antara makanan yang dijual ialah laksa Penang khas daripada Chef Dr Norazlina, lontong kering, laksa Sarawak dan pelbagai jenis air. 

Selain dari jualan makanan, haritu ada jugak demo masakan tradisional oleh chef dari Fakulti Teknologi dan Makanan, Universiti Putra Malaysia. Antara masakan yang menjadi pilihan chef ialah onde-onde Royal Blue dan masak lemak cili api negeri Sembilan. Bila tengok chef tu masak terliur jugak laa aku ni. Maklumlah haritu penat sikit buat kerja sbb aku dilantik sebagai AJk Urus Setia oleh SV aku iaitu Dr Rozita.

Selain tu, ada jugak pertandingan yang dianjurkan seperti ukir buah tembikai, pertandingan mewarna, kolaj dan banyak lagi. Semua tu aku kena uruskan sbb aku ni AJK kn. HAHA

Setakat ini saja lah yang dapat aku kongsikan sepanjang pesta makanan tersebut.

BBM3410/18 : Minggu Keempat



Assalamualaikum... 

Hai semua... jumpa lagi ya kita kali ni.

Haa pada minggu keempat ni saya nak kongsikan pula tentang tugasan saya pada minggu keempat. 


Pada hari isnin haritu kelas kami dibatalkan sebab Prof takde. Katanya ada kerja. Jadi Prof ada beri tugasan dalam Putrablast. Tugasan tu kami perlu siapkan latihan dengan merujuk Bab 1 dalam buku BOOM. tugasan tu perlu disiapkan mengikut semua arahan Prof, kalau tak ikut nanti Prof akan tolak markah. Hmm. 

Tugasan itu jugak perlu dihantar hanya pada pukul 2.00 ptg sampai pukul 3.00 ptg saje.Tak bioleh awal dan tak boleh lewat. Tapi pada haritu ada la sesetengah pelajar terhantar awal. marah prof sbb tak ikut arahan dia. Lepas tu antara pukul 2 hingga 3 ptg kami semua pun hantar lah tugasan tu dan tunggu jela sampai Prof bg jmaklum balas. 

Tup tup pada malam tu kami semua dapat mesej hanya dalam 20 orang saja yang Prof terima tugasan tu. Yang lain semua Prof tolak. Riuh jugak la dalam Whatsapp sbb ape Prof tak terima email kami. Padahal kami semua telah ikut semua arahan Prof. Tak tahu dimana salah kami. 10 markah tu ditolak macam tu saje je. 

Hmm nak buat macam mana kan. Redha jela jawabnya. Mungkin ada salah kami dalam tugasan tu. 

Haa tu jela kot cerita yang saya sempat sampaikan berkaitan kelas Multimedia dalam minggu tersebut.


BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua. Hai... Apa khabar ? Semoga sihat semuanya 😄. Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar...