Assalamualaikum semua...
Sekarang ni saya nak bercerita pula pasal makanan. Haaa kalau bab makanan ni semua orang suka la kan. Elehh tipu la kalau tak suka kalau bercerita pasal makanan. Tapi bila cerita pasal ni perut aku pulak rasa lapar. Maklumlah belum makan lagi harini. Pagi tadi sibuk bekerja.
Haa ni nak cerita ni.. Ambil perhatian yaa. Haritu dekat fakulti aku ada anjurkan satu pesta makanan tradisonal. Macam-macam makanan yang ada. Semuanya sedap. Antara makanan yang dijual ialah laksa Penang khas daripada Chef Dr Norazlina, lontong kering, laksa Sarawak dan pelbagai jenis air.
Selain dari jualan makanan, haritu ada jugak demo masakan tradisional oleh chef dari Fakulti Teknologi dan Makanan, Universiti Putra Malaysia. Antara masakan yang menjadi pilihan chef ialah onde-onde Royal Blue dan masak lemak cili api negeri Sembilan. Bila tengok chef tu masak terliur jugak laa aku ni. Maklumlah haritu penat sikit buat kerja sbb aku dilantik sebagai AJk Urus Setia oleh SV aku iaitu Dr Rozita.
Selain tu, ada jugak pertandingan yang dianjurkan seperti ukir buah tembikai, pertandingan mewarna, kolaj dan banyak lagi. Semua tu aku kena uruskan sbb aku ni AJK kn. HAHA
Setakat ini saja lah yang dapat aku kongsikan sepanjang pesta makanan tersebut.
No comments:
Post a Comment