Hai semuaa. Jumpa lagi kita
Pada kali ini aku nak cerita sikit
tentang tugasan minggu kelima yang kami semua buat dalam kelas Multimedia dalam
Berbahasa. Tugasan ini adalah tugasan ambil gambar jugak. Sama la macam yang
sebelum ni. Cuma gambar pada kali ni perlu diambil mengikut darjah ketinggian
yang telah ditetapkan dan mengikut 4 jenis Flatlay. Tugasan ini bagi aku agak pening sikit sebabnya
mula-mula aku dengar Prof cakap dia nak satu flatlay tu lima jenis gambar. jadi aku ingatkan 4 jenis flatlay tu guna 5 gambar yang sama tu je cuma lain-lain angle. Tapi rupanya Prof nak setiap Flatlay tu gambar yang berlainan. Aduhhh. Naik pening aku dibuatnya. Terpaksa la ambil gambar yang lain pulak.
Pada hari Isnin kami ditugaskan untuk ambil 5 keping gambar mengikut jenis-jenis Flatlay. Antara jenisnya ialah:
1. Flatlay
Untuk pengetahuan korang, flatlay ini merupakan gambar yang diambil dari sudut atas iaitu 90 Darjah. Maksudnya kamera handfon korang tu perlu berada betul-betul di atas objek yg nak diambil tersebut. Ni aku bg la contoh gambar yg aku dah ambil.
2. Half Flatlay
Half Flatlay pula adalah gambar yang diambil dari sudut 45 Darjah
iaitu separuh antara 90 darjah dengan lantai. Maksudnya gambar tu paras pinggang la.
3. Quarter Flatlay
Jenis Flatlay yg ni pula adalah kita perlu ambil gambar dari sudut
15 Darjah iaitu antara Half Flatlay dengan lantai. Nak mudah handfon korang tu berada pada paras lutut.
4. Zero Flatlay
Zero Flatlay ni korang perlu ambil gambar yg takde sudut. Maksudnya
Ok akhir skali aku tunjuk sikit proses kumpulan aku sedang usaha keras nak ambil gambar yang lawa. HAHAHA
No comments:
Post a Comment