Wednesday, 10 October 2018

BBM3410/18 : Tips Berhenti Merokok

Hai semua..

Ni aku nk kongsikan sedikit tips utk korang. Baca yer jgn tak baca. Penting ni. Lagi-lagi untuk kaum lelaki yang gemar merokok.

Dulu masa sekolah menengah aku merokok juga. Semua tu sebab aku terpengaruh dgn kawan-kawan aku laa. Tapi sekarang aku tak merokok dh. Dah bersara. Aku berhenti merokok ni sbb aku kantoi dgn Guru mengaji aku. Anak dia pun merokok skali dgn aku jgk dulu. Nak dijadikan cerita malam aku pergi mengaji rumah dia tu dia ada tanya aku pasal merokok. Mula-mula dia tanya aku ckp tak merokok. Pastu dia suruh aku jujur jgk. Banyak kali dia tanya aku last-last aku jujur jgk laa. Pastu dia tanya lagi aku nk berhenti ke nk teruskan. Kalau teruskan dia nk bgtahu mak ayah aku. Aku pun pikir dari mak ayah aku tahu baik aku berhenti je senang. Dia pun suruh berjanji dpn al-Quran tu spya jgn hisap lagi lepas ni. Kalau tak nanti buruk mulut aku. Hahahha. Sejak dari tu aku terus tak hisap rokok dan bila tgk kawan-kawan aku hisap rokok aku jadi takde rasa nak langsung. Sebabnya aku ingat pasal aku janji dpn al-Quran tu. HAHAHA. Tu jela pengalaman aku pasal rokok. 

Ok ni sedikit tips utk korang yg hisap rokok supaya cepat-cepat la berhenti ya. Sebab tu membahayakan kesihatan korang.

Image result for berhenti Merokok

KENAPA PERLU BERHENTI MEROKOK?

Sebelum itu, kenapa perlu berhenti merokok? Ini bukan kami reka sendiri, ini dari Kementerian Kesihatan sendiri.
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
    • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
    • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
    • Mendapat asma
Kita kembali padi tips berhenti merokok. Harus diingat, persediaan dari segi fizikal, mental dan emosi amatlah penting apabila anda hendak berhenti merokok kerana ia adalah gaya hidup kurang sihat yang sudah menjadi tabiat yang mungkin sudah bertahun lamanya. Tapi pilihlah untuk berhenti merokok dan berusaha sehingga berjaya.
Ini bukan sekadar tips berhenti merokok semata-mata, ia sebenarnya memberikan motivasi untuk melawan perasaan dan gian sehingga berjaya!

1. PERSEDIAAN FIZIKAL

Anda mungkin juga mempunyai tanda-tanya seperti penambahan berat badan selepas anda berhenti merokok. Sebenarnya, apabila anda berhenti merokok, deria rasa anda akan menjadi lebih baik dan akan mendorong selera makan anda untuk bertambah.
Maka, pada tahap peringkat permulaan, sediakan makanan yang sihat seperti buah-buahan atau kekacang yang sihat dan elakkan makanan ringan! Dan apabila anda berhenti merokok, anda akan merasakan lebih mudah untuk anda mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya mencapai berat badan yang ideal.
Benar, ia bukan mudah. Namun, ia bukan alasan untuk tidak mencuba. Tips berhenti merokok ini bukan ingin menyusahkan, tetapi memudahkah. Jangan hanya berhenti merokok pada bulan Ramadhan sahaja!

2. PERSEDIAAN MENTAL

Tips berhenti merokok ini memerlukan mental yang kuat. Memandangkan persediaan mental adalah penting, ada harus mengetahui kebaikan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang anda akan lakukan kepada diri anda apabila anda tidak merokok.
Berikut merupakan susur masa untuk anda melihat kebaikkan yang anda boleh rasakan dari semasa ke semasa dan jadikan ini sebagai motivasi untuk anda terus berhenti merokok:
  • 20 minit pertama: Tekanan darah dan nadi anda berada pada kadar normal.
  • 8 jam: Kuantiti nikotin dan karbon monoksida dalam darah anda berkurang kepada separuh, Oksigen dalam darah akan kembali kepada tahap normal.
  • 24 jam: Karbon Monoksida hilang dari dalam badan anda. Paru-paru anda mula untuk mengeluarkan kotoran-kotoran daripada kesan merokok.
  • 48 jam: Nikotin tidak lagi berada dalam badan anda. Deria rasa dan bau anda akan berfungsi dengan baik.
  • 72 jam: Anda boleh bernafas dengan normal dan mudah. Badan anda akan menyerap lebih banyak oksigen dan tahap tenaga anda meningkat.
  • 2 – 12 minggu: Kitaran darah anda akan kembali normal.
  • 3 – 9 bulan: Masalah seperti batuk, selsema dan susah untuk bernafas akan berkurangan kerana daya fungsi paru-paru meningkat kepada sepuluh peratus (10%).
  • 5 tahun: Risiko untuk anda kena sakit jantung berkurangan sebanyak separuh atau lima puluh peratus (50%).
  • 10 tahun: Risiko kanser paru-paru berkurangan lima puluh peratus (50%) berbanding perokok. Risiko sakit jantung pula adalah sama seperti seseorang yang tidak pernah merokok!

3. PERSEDIAAN EMOSI

Ini tips berhenti merokok yang paling penting. Cuba bayangkan apabila anda berhenti merokok, berapa banyak duit yang boleh anda jimat. Secara psikologinya, sekiranya anda tidak kira dan cuba bandingkan, anda mungkin tidak mempunyai motivasi yang kuat.
Oleh itu, sekiranya Ali seorang perokok yang menghisap rokok sebanyak 11 batang rokok sehari dan harga sekotak rokok adalah RM12:
  • Bilangan rokok setahun: 11 rokok x 365 hari = 4015 rokok
  • Bilangan kotak rokok (20’s) = 4015 rokok / 20 = 200 kotak
  • Harga sekotak rokok (20’s) = RM 13.50
  • Penjimatan setahun = 200 kotak * RM 13.50 = RM 2,700
  • Penjimatan setiap bulan = RM 2,700 / 12 = RM 225
Dengan penjimatan ini, anda boleh membayar bayarnan bulanan untuk anda memiliki sebuah kereta Perodua Axia. Bayangkan tiap batang rokok yang anda hisap sekarang mampu memboleh anda untuk memiliki kerta, atau tiket kapal terbang ke kota eropah seperti Paris, Amsterdam dan Frankfurt.

4 comments:

  1. Asalamualaikum sahabat ;)

    Nak tanya, dulu saya hisap rokok juga. Tetapi sejak kawan-kawan rajin minta rokok pada saya. Terus rasa nak berhenti merokok. Adakah itu salah satu tips untuk berhenti ?

    Saya tertekan lah, kadang sangap rokok. Tambah-tambah masa nak buang air besar ? Itu macam mana ? Terseksa.....

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam sahabat Ikmal Syafiq. Pada pendapat saya la mungkin tu salah satu cara utk awak berhenti merokok. sebabnya salah satu kawan-kawan awak selalu mintak rokok pada awak kan, jadi nanti rokok awak cepat habis. Awak beli je rokok awak habis kdg tak sampai satu hari. Nanti awak jugak yg rasa rugi kan. Pastu satu lagi awak tlah buat satu pembaziran sbb banyak duit awak habis pada rokok je. Harga satu kotak dh berapa ringgit kan. Lebih baik awak simpan je duit tu utk kegunaan lain pada masa akan datang. contohnya kumpul duit utk berkahwin ke nnti. Beli rumah. Haa bnyak kegunaan jgk tu. Jadi pada saya lebih baik awak perlahan-lahan la kurangkan merokok ni.In shaa Allah lama-lama nanti dpt la tu berhenti merokok sepenuhnya. Tu sedikit sbnyak pendapat ari saya.

    ReplyDelete
  3. Saya pun ada seorang member. Dia tak hisap rokok tapi dia cakap dia hisap rokok. Sial member kaki kencing keje membohong je. Apa pendapat tuan tentang masalah ni. Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. member tuan ni memang bermasalah. saya rasa tuan patut nasihat dia supaya jangan membohong sangat. haha

      Delete

BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua. Hai... Apa khabar ? Semoga sihat semuanya 😄. Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar...