Wednesday 3 October 2018

BBM3410/18 : Hari Penuh Debaran



Haaii semua. 

Haa ni pula nak ceritakan pengalaman terbaru yang aku alami.

Pada minggu keempat iaitu pada hari Selasa, aku dan rakan sekumpulan iaitu Talha, Solihin, Mirul dan Habibi telah diberi tanggungjawab untuk membentang tugasan yang pertama kami dalam subjek Keterampilan Dalam Bahasa dan pensyarah bagi subjek ini adalah Dr. Norazlina. Untuk pembentangan ini, kumpulan kami telah memilih tajuk "Santau".. Sehari sebelum pembentangan, kami sempat untuk berjumpa dengan pensyarah bagi menyemak slaid dan maklumat-maklumat yang telah kami sediakan. Alhamdulillah beliau sangat baik dan telah memberi tunjuk ajar kepada kumpulan kami. Beliau telah memberi arahan kepada kami untuk menambahkan lagi maklumat tentang santau dan cara mengatasinya dengan lebih mendalam. Keesokkan harinya, iaitu pada hari pembentangan, alhamdulillah aku dan rakan sekumpulan telah melakukan tugas kami dengan baik walaupun kami semua sangat gementar dan gugup apabila berada di hadapan khalayak ramai. Selesai pembentangan kami semua diberi sedikit teguran dan nasihat supaya lebih berusaha lagi untuk meningkat prestasi pembentangan kami selepas ini. Kami berharap dapat melakukan lebih baik lagi pada masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua. Hai... Apa khabar ? Semoga sihat semuanya 😄. Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar...