Saturday, 17 November 2018

BBM3410/18 : Enjin Motor Susah Hidup

Hey semua..

Harini aku nak berkongsi dengan korang tentang masalah enjin motor susah nak hidup ni. Haishh geram kan bila berlaku perkara macam ni lebih-lebih lagi bila kita tengah kejar masa. Memang sakit hati la citernye.

Jadi aku nak kongsi dengan korang kenapa enjin motor susah nak hidup. Aku ni takder laa pakar mana tapi tahu laa serba sedikit pasal ni heee..





1. Masalah Spark Plug Rosak
Spark Plug ini punca motor anda boleh hidup/start dengan lancar jika pembakaran yang dihasilkannya adalah bagus. Jika enjin motor tak boleh hidup, berkemungkinan besar disebabkan Spark Plug sudah rosak dan tidak dapat menghasilkan pembakaran yang mencukupi atau sempurna untuk menghidupkan motor. Jika Spark Plug sudah jadi hitam, mungkin ia perlu diganti dengan yang baru.


2. Masalah Wiring Motor (Sambungan Wayar)
Cuba tengok wiring motor korang, mana tahu ada wayar yang terputus atau terpintas dengan wayar lain (short circuit). Kalau korang tidak tahu untuk membuat pemeriksaan, boleh pergi ke mana-mana bengkel yang berhampiran untuk mereka uji wiring motor korang tu.


3. Masalah Tangki minyak
Punca enjin motor tidak boleh hidup mungkin disebabkan minyak habis ataupun maslaah pada tangki minyak seperti bocor atau kotor. Tangki minyak yang kotor mungkin menyebabkan minyak tersumbat dalam saluran.


Itu saja dari aku byeeee...

BBM3410/18 : Ohh Twitter!

Assalamualaikum dan hai korangg..........

Tugasan terbaru yang aku perlu buat dalam subjek Multimedia Dalam Berbahasa ialah kena aktif dekat twitter pulak selain blog dan instagram.

Jadi, dalam twitter tu Prof nak kami  buat satu tweet dan satu retweeted dalam setiap minggu.

Jadi inilah hasilnya yang aku buat dengan twitter  ini. hahahahha






Korang yang mana tengok blog aku boleh la follow aku dekat twitter yer nanti aku follow balik hehhe!

Thursday, 15 November 2018

BBM3410/18 : Tutorial Photoshop

Assalamualaikum semua, memandangkan harini takde kelas amali Multimedia dalam Berbahasa, jadi kami diberi tugasan oleh Prof untuk membuat satu video tutorial berkaitan proses membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop.  

Video tersebut hendaklah berdurasi selama 3 minit. Tapi sebelum tu pada pagi tadi aku penat menunggu depan laptop sebab Prof ada cakap tugasan akan diberikan dalam Putrablast tapi tunggu punya tunggu papp Prof bagi tugasan dalam wasap melalui ketua kelas kami. Aduuhh buat penat je menunggu tu. Banyak kali juga buka Putrablast tu takut terlepas tugasan Prof. 

Jadi ni video tutorial yang aku buat. Maaf la ada sedikit tersasul tu. Hahaha

Link video aku dekat youtube :




Tu jela serba sedikit yang dapat aku ajarkan. Maaf kalau ada yang kekurangan. Kalau nak belajar ke boleh pm aku or komen kat blog aku ni. Terima kasih..

Wednesday, 14 November 2018

BBM3410/18 : Video One Shot Two Layer

Assalamualaikum gais. Bertemu lagi kita pada harini untuk cerita yang seterusnya. Jadi pada hari isnin yang lepas kami diberi tugasan oleh Prof untuk membuat video one shot lagi sekali. Tapi video ni versi two layer pulak. Kami perlu menyanyi dan berlakon. Untuk tugasan ni, kami telah memilih lagu Terima Kasih Cinta yang dinyanyikan oleh Tasya Manshahar ft RJ. Lagu ni hasil daripada cerita Eksperimen Cinta.


Image result for Terima kasih cinta tasha feat rj



Jadi kami memilih lagu ni, best jugak. Tapi sekarang ni aku tak tahu lagi macam mana nak buat lakonan. Jadi tunggu jela kami post video kumpulan kami ni nanti dekat youtube. Ntah la cerita apa yang kami nak lakonkan. Hahaha

Friday, 9 November 2018

BBM3410/18 : Laghooo

Haii semua

Pada kali ni aku nak cerita pulak kisah kawan-kawan aku ni pengaruh aku buat kerja laghoo ni. Hahaha. Ni haa diorang ni pakat duk hasut aku suruh main game. Aduh diorang ni. Apa nama game perang tu? Haa game PUBG. Haihh, suka betul hasut aku main game ye. Haritu diorang dah hasut aku untuk main Mobile Lagend, sekarang ni pulak hasut aku untuk main game ni pulak. Nak kena betul budak-budak ni. Hasut punya hasut akhirnya aku termakan jgk la hasutan diorang sampai aku sekali install game tu. Haa bila dah install tu mula la start main. Kami main smaa-sama. Woo semangat ni. Haha. Tak baik sungguh diorang ni ajak aku main game. Dunia semua ni. Kahkah. Main punya mian rasa seronok la pulak yaa game ni. Maklum laa aku ni dari kecik lagi suka main game perang-perang ni. Dulu waktu sekolah selalu la aku pergi Cyber Cafe tu semata-mata nak main game. Seharian aku duduk situ sebab main game punya pasal. Minat sungguh kan. Rela tu balik je sekolah terus cepat-cepat pergi Cybercafe. Haha adoi lawak jugak ingat zaman kecik-kecik dulu. 

Jadi aku main game ni dengan kawak aku sama-sama sampai la menang jadi seronok pulak. Haa mula la ketagih nak main lagi sebab dah menang. Semangat nak menang lagi, main jgk laa sampai homework aku semua kelaut. Hahahaha. Aduh tak boleh jadi ni, kena kurangkan sikit la main lepas ni. Nanti tak pasal-pasal tak siap fyp aku. Dah la sekarang dah kesuntukan masa. Huh kena cepat siapkan ni. Jadi kamu semua di luar sana tu kuatkan la sikit iman tu yaa, jangan sampai terpengaruh macam aku ni main game. Hhaha. Tapi sebenarnya kawak aku tak salah pun. Ni diri aku sendiri jugak yang nak main. Tambah pulak dan minat game jenis yang macam tu. 

Ok dah-dah. Jangan panjang sangat kongsi cerita dengan orang lain tu. Malas pulak orang nak baca panjang-panjang. Haha. Jadi ni la game yang aku maksudkan tadi tu. PUBG

Image result for pubg

Ok tu jela cerita aku yang dapat aku kongsikan sedikit dengan korang. Ok Bubyee...

BBM3410/18 : Photoshop Expired

Haiiii

Ni aku nak cerita sikit weh pasal tugasan kami pelajar Multimedia yang kami perlu buat kalendar tahun depan tu. Ceritanya begini, sebelum ni aku dah buat siap banyak dah kalendar tu. Sampai bulan 5 dah, tapi balik cuti midsem  haritu tup tup Photoshop aku expired pulak. Adoii. Lepas tu tergendala la kerja aku nak siapkan kalendar tu untuk tahun 2019. Bila balik UPM ni aku try la install photoshop baru tapi kalendar yang aku dah buat tu tak boleh bukak pulak. Apa masalah ntah laa. Stress aku. Jadi sekarang aku aku buat kalendar tu pastu aku save masih tak boleh bukak jgk. Jadinya sekarang ni aku terpaksa la buat kalendar tu tanpa aku save dalam laptop. Photoshop aku terbukak begitu jela. Aku perlu sleep jela laptop aku tu sebab nanti kalau aku shut down, application yang aku buka tu tertutup semua. Hmm sabar jela nak. Tengah pikir jgk sekarang ni macam mana nak buat ni. Huh stress aku. Banyak betul masalah. 

Kalau ada sape-sape yang baik hati tu tolong la aku yaa. Hmm kesian aku ni. Dah la nanti kalendar tu Prof mintak kami semua printkan. 

BBM3410/18 : Tugasan Sambung Cuti

Haii rakan-rakan blogger aku sekalian.

Pada hari Isnin yang lalu, kami semua minta kat Prof untuk batalkan kelas sebabnya kami nak cuti lebih, sekali dengan cuti hari raya Deepavali terus pada hari Selasa tu. Jadi, Prof kami yang baik hati ni penuhi la permintaan kami semua tapi dengan satu syarat. Kami perlu buat tugasan online. 

Tugasan ni kami perlu berkorban sikit laa. Bukan apa, berkorban waktu tido kami je. Hahaha. Ok dalam tugasan ni, Prof minta kami untuk tengok tv siaran Al Hijrah. Kawan aku dapat mesej dari Prof untuk tengok siaran dia yang masuk tv pada pukul 8.15 am. Tapi haritu nasib la aku dah bangun awal-awal. Takde la nak terlepas siaran tu. Jadi dalam siaran Al Hijrah tu Prof aku masuk tv weh. Dalam tugasan tu Prof suruh kami untuk ambil gambar dia yang tengah bercakap tu, tapi dia nak mesti angle yang lawa. Marah dia nanti kalau dapat gambar dengan reaksi muka yang ntah pape. Hahahaa. Lepas tu, bila ambil gambar Prof suruh kami post dalam insta dengan letak # yang dia nak tu. Masing-masing kawan aku duk sibuk ambil gambar Prof yang masuk tv tu. Jadi tu jela tugasan kami.

Ni gambar yang aku sempat ambil. Lawa tak weh? ahaha.


Haa nampak kan semangat tu Prof aku bila masuk tv. Berseri-seri muka pagi-pagi dah masuk tv. Haha. Tahniah Prof sebab dapat masuk tv. Kami tumpang gembira. Wuuu bangga lah. 

Sunday, 4 November 2018

BBM3410/18 : Berbekam

Hai semua.

Kalini aku nak kongsi pulak pengalaman aku masa cuti. Tahu tak apa pengalaman aku tu? Eleh mesti tak tahu kan. Macam la korang amik tahu pasal aku. Hahah ok2 gurau je. 

Pengalaman aku masa cuti adalah berbekam. Sebenarnya niat aku ni dah lama nak berbekam, dari tahun lepas lagi. Tengok orang lain berbekam rasa nak buat jugak tapi disebabkan kekangan masa dan takde waktu yang sesuai. Yela kan sibuk belajar. Jadi aku terpaksa la tangguh niat aku tu dulu. 

Jadi alang-alang tengah cuti midsem takde buat apa kan, aku pun lunaskan lah niat aku tu. Alhamdulillah termakbul jugak hasrat aku nak berbekam. Syukur. Nak bagitahu sikit berbekam ni banyak khasiat dia. Salah satunya boleh hindarkan dari penyakit. Korang pun mesti dah tahu kan khasiat yang lain. Aku buat bekam ni dekat badan dan muka. Sebab tu laa aku tak buat masa tengah belajar. Malu la nanti bila orang tengok ada kesan lebam dekat muka. Hahaha. 

Lepas bekam tu aku rasa ringan sangat badan wehh. Yela kan dah buang darah-darah kotor yang ada dalam badan tu. Elok la sikit rasanya. Tak sakit pun buat bekam tu. Rasa dia masa cucuk jarum tu macam kena gigit semut je. Haha. Ok kesan lebam bekam ni ambil masa biasanya dalam 4 atau 5 hari je. Kadang tu sampai seminggu. Tapi tu semua atas individu tu laa ambil masa lama mana nak hilang lebam tu. Ni nak tunjuk sedikit gambar bekam yang aku buat kat muka. Dekat badan tak boleh nak tunjuk la. Malu. Hahaha



Jadi korang semua buat la bekam ya. Banyak khasiatnya dekat diri korang. Rasa la sekali macam mana. Tak rasa tak tahu kan. Haha


BBM3410/18 : Kami OK?

Haii warga blogger sekalian.

Ni nak bagitahu tengah-tengah syok kami semua bercuti kat kampung tut tut dapat mesej dari Prof yang bertanyakan nak buat kelas ke tak pada hari Isnin depan sebabnya Selasa keesokkannya tu cuti Depavali. Jadi kalau taknak buat kelas kami akan diberikan tugasan online oleh Prof. Tapi dengan satu syarat la. Syaratnya kami perlu post gambar tangan yang menunjukkan tanda OK dekat instagram tanda kami setuju untuk taknak buat kelas.

Jadi tunggu apa lagi, aku dan kawan-kawan yang lain ambil la gambar tangan tu untuk post kat instagram. Haha gigih kami semua demi kelas online. Ni mesti semua nak cuti lebih kan. Elehh. Setiap orang kena post sampai la cukup 80 post. Lepas tu gigih pulak kami kira post tu takut tak cukup. Semua duk bising dalam group sebab ada yang tak post lagi. Risau Prof tengok nanti tak cukup. Haa harapan palsu laa untuk kelas online tu. Hahaha.


Haa ni la jari yang aku post tanda OK tu. Ada jugak yang komen kat gambar aku ni cakap cantik gambar ni. Haha btw terima kasih sebab puji. Ok dah dah chow dulu.. Jumpa lagi next post

BBM3410/18 : Bercuti dengan Kamera

Assalamualaikum semua.

Harini aku nak kongsi sikit dekat korang semua pasal tajuk kat atas tu. Haaa ada apa dengan 'bercuti dengan kamera' tu? 

Ok ceritanya begini. Sebelum kami semua balik ke kampung halaman masing-masing sempena cuti midsem ni, kami diberi tugasan oleh Prof untuk mengambil 10 keping gambar tentang kampung untuk di post  dalam Instagram nanti. What 10 keping? Hahaha tak jadi masalah pun sebenarnya. Sikit je tu. Cuti kan seminggu. Alaaa bukan susah pun, ambil gambar je. HAhaha sedap pulak kn cakap.

Haa jadinya balik kampung tu aku ambil jela 10 keping gambar. Banyak posisi jgk tu aku ambil untuk satu gambar. Ni semata-mata nak dapatkan view  yang lawa la supaya nanti Prof like dan komen. Kalau murah rezeki nanti ada la tu syarikat luar ambil gambar aku untuk buat pameran ke apa. Dapat la duit nanti. Masyukkk. Hahahahha.

Jadi ni la sedikit gambar yang aku ambil untuk tugasan tu. Lawa ke tak lawa lantak korang lah. Asalkan aku dapat siapkan kerja Prof tu. Haha.






Ok tu saja aku nak kongsikan. Byeee.

BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua. Hai... Apa khabar ? Semoga sihat semuanya 😄. Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar...