Friday 9 November 2018

BBM3410/18 : Tugasan Sambung Cuti

Haii rakan-rakan blogger aku sekalian.

Pada hari Isnin yang lalu, kami semua minta kat Prof untuk batalkan kelas sebabnya kami nak cuti lebih, sekali dengan cuti hari raya Deepavali terus pada hari Selasa tu. Jadi, Prof kami yang baik hati ni penuhi la permintaan kami semua tapi dengan satu syarat. Kami perlu buat tugasan online. 

Tugasan ni kami perlu berkorban sikit laa. Bukan apa, berkorban waktu tido kami je. Hahaha. Ok dalam tugasan ni, Prof minta kami untuk tengok tv siaran Al Hijrah. Kawan aku dapat mesej dari Prof untuk tengok siaran dia yang masuk tv pada pukul 8.15 am. Tapi haritu nasib la aku dah bangun awal-awal. Takde la nak terlepas siaran tu. Jadi dalam siaran Al Hijrah tu Prof aku masuk tv weh. Dalam tugasan tu Prof suruh kami untuk ambil gambar dia yang tengah bercakap tu, tapi dia nak mesti angle yang lawa. Marah dia nanti kalau dapat gambar dengan reaksi muka yang ntah pape. Hahahaa. Lepas tu, bila ambil gambar Prof suruh kami post dalam insta dengan letak # yang dia nak tu. Masing-masing kawan aku duk sibuk ambil gambar Prof yang masuk tv tu. Jadi tu jela tugasan kami.

Ni gambar yang aku sempat ambil. Lawa tak weh? ahaha.


Haa nampak kan semangat tu Prof aku bila masuk tv. Berseri-seri muka pagi-pagi dah masuk tv. Haha. Tahniah Prof sebab dapat masuk tv. Kami tumpang gembira. Wuuu bangga lah. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua. Hai... Apa khabar ? Semoga sihat semuanya 😄. Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar...