Sunday 4 November 2018

BBM3410/18 : Kami OK?

Haii warga blogger sekalian.

Ni nak bagitahu tengah-tengah syok kami semua bercuti kat kampung tut tut dapat mesej dari Prof yang bertanyakan nak buat kelas ke tak pada hari Isnin depan sebabnya Selasa keesokkannya tu cuti Depavali. Jadi kalau taknak buat kelas kami akan diberikan tugasan online oleh Prof. Tapi dengan satu syarat la. Syaratnya kami perlu post gambar tangan yang menunjukkan tanda OK dekat instagram tanda kami setuju untuk taknak buat kelas.

Jadi tunggu apa lagi, aku dan kawan-kawan yang lain ambil la gambar tangan tu untuk post kat instagram. Haha gigih kami semua demi kelas online. Ni mesti semua nak cuti lebih kan. Elehh. Setiap orang kena post sampai la cukup 80 post. Lepas tu gigih pulak kami kira post tu takut tak cukup. Semua duk bising dalam group sebab ada yang tak post lagi. Risau Prof tengok nanti tak cukup. Haa harapan palsu laa untuk kelas online tu. Hahaha.


Haa ni la jari yang aku post tanda OK tu. Ada jugak yang komen kat gambar aku ni cakap cantik gambar ni. Haha btw terima kasih sebab puji. Ok dah dah chow dulu.. Jumpa lagi next post

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : Kalendar 2019

Selamat pagi semua. Hai... Apa khabar ? Semoga sihat semuanya 😄. Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar...